Tuesday, December 15, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK

m6 e (engku 197953)

Prof tiba di lapangan terbang dijemput oleh pelajar Malaysia yang tinggal di Nottingham. Mereka daripada persatuan pelajar datang jemput Prof. Walaupun perjalanan dari Nottingham ke lapangan terbang mengambil masa empat jam. Suatu hari, Prof ke sebuah pasaraya dan menyapa rakyat Malaysia dengan “Hai, saya orang Malaysia” dan orang itu hanya berlalu pergi begitu sahaja. Prof tidak mahu lagi mennegur sesiapa selepas ini. Rupa-rupanya Prof sedar yang ada orang yang tidak suka ditegur sapa walaupun berasal dari tempat yang sama. Prof juga sedar mungkin orang itu pernah mempunyai pengalaman menegur orang lain dan tidak dibalas dan sebab itulah dia berkelakuan seperti itu. Prof juga pernah menegur seorang artis yang menikah dengar orang Canada, dia terkejut dan kemudian tersenyum. Prof. tidak menganggap perbuatan itu seperti sombong. Prof percaya yang senyum pun dah memadai jika bertemu dengan orang Malaysia di negara luar. Orang di sana tidak suka orang third citizen seperti kita melakukan sesuatu secara berlebih-lebihan contohnya keluar dalam kelompok yang ramai dan gelak dalam nada yang kuat. Sebenarnya, apabila kita berada di negara orang, kita akan lebih menghargai rakyat kita yang wujud dalam kelompok kecil itu. 

No comments:

Post a Comment