Thursday, June 18, 2020

PERBEZAAN KAJIAN DALAM BAB FACEBOOK DAN TWITTER

PERBEZAAN KAJIAN DALAM BAB FACEBOOK DAN TWITTER:

> Twitter juga membantu dalam menggunakan perbendaharaan kata dan struktur ayat yang betul manakala Facebook memudahkan pembangunan satu komuniti dalam talian pelajar-pelajar bahasa Inggeris .

> Twitter membimbing pengguna aplikasi tersebut dengan cara yang betul manakala Facebook merupakan salah satu alat pembelajaran yang berpengaruh untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti berasaskan bahasa yang bermakna dan meningkatkan perkembangan kecekapan berkomunikasi dalam pelajar bahasa.

> Twitter mudah untuk diakses dan membekalkan informasi terkini dan trending manakala Facebook sangat berkesan untuk perbincangan sesuatu aktiviti serta perkongsian ilmu pengetahuan.

> Twitter kelihatan mempunyai lebih aura positif dan kebanyakannya digunakan oleh individu yang berpendidikan. Kebanyakan mereka menggunakan Twitter adalah orang muda manakala Facebook digunakan pelajar sebagai satu medium untuk berkomunikasi serta penglihatan lebih luas dalam proses pembelajaran .

> Twitter telah membantu ramai orang dengan memudahkan kerja harian mereka manakala Facebook membantu guru mengajar secara dalam talian sehingga mampu mebuat satu group berkaitan dengan pelajaran. 


RUJUKAN:
 Norein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment