Thursday, June 18, 2020

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1

LIRIK LAGU 1





(1 ) Keluarga 

Saya berasa puas hati
menolong ibu bapa setiap hari
bermula dari pagi hari
sehingga ke malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga yang saya cintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
semasa saya memerlukan mereka


HURAIAN:

Pada pendapat saya, lirik lagu ini berunsurkan kekeluargaan. Keluarga memainkan peranan besar dalam hidup seseorang. Oleh itu, semua orang haruslah menjaga adab dan akhlak dengan ahli keluarga kerana merekalah yang sentiasa ada sewaktu senang mahupun susah. 



RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment