Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020 : Penulisan Blog

Cara penulisan blog yang baik :

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Pada pendapat saya, terdapat beberapa cara dalam penulisan blog. Penulis blog atau blogger mestilah mengikut cara-cara seperti yang dinyatakan diatas bagi menarik peminat pembaca. Seperti yang sedia maklum, perkara pertama yang mesti dilakukan ialah memilih tajuk yang menarik dan catchy. Hal ini demikian kerana tajuk yang catchy dapat menarik lebih ramai pembaca daripada pelbagai golongan tidak kira dewasa mahupun remaja untuk mengakses blog anda.  Selain itu, setiap penulis blog haruslah memasukkan cerita yang menarik dengan menyelitkan ayat berunsur humor dan jenaka untuk menjadikan konten blog menjadi lebih menarik. Dalam menulis blog, blogger hendaklah kaitkan dengan berita terkini untuk meraih ramai pembaca untuk mengunjungi blog anda. Penggunaan kata dan struktur ayat yang kompleks menjadikan pembaca kurang berminat dan tidak faham penulisan tersebut, oleh itu, penulis blog dikehendaki menggunakan kata dan struktur ayat yang ringkas sahaja dalam penulisan supaya dapat dibaca dan difahami pembaca. Disamping itu, blogger perlulah berkomunikasi dengan pembaca supaya penyampaian menjadi sempurna. Sebagai contoh, komunikasi dua hala secara maya seperti mengadakan sesi soal jawab dalam blog. Bukan itu sahaja, nilai moral dan estetika hendaklah diterapkan dalam penulisan anda. Bagi penulisan pendidikan atau ilmiah, anda hendaklah memasukkan ilmu yang betul. Hal ini dikatakan demikian kerana maklumat yang betul dapat membantu pembaca mencari rujukan yang tepat bagi sesuatu ilmu.

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writing Embraching the Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu . Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment