Dalam buku bertajuk Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi
Teori dan Aplikasi, Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk) mengisahkan seorang
kanak-kanak yang bernama Alim. Pada suatu hari, Alim bersama keluarganya pulang
ke kampung halaman di Kajang, Selangor iaitu kampung sebelah ibu. Alim merupakan
kanak-kanak yang sangat sukakan haiwan iaitu ayam dan itik. Dia tidak sabar
untuk sampai di kampung untuk bermain dengan ayam dan itik milik datuk dan neneknya. Sejurus tiba di
kampung, Alim terus keluar mencari haiwan itu namun malangnya ia tiada
di tempat kebiasaan. Sedang Alim menangis dengan sangkaan bahawa ayam dan itik
itu sudah mati, nenek dan datuknya datang kearahnya dan menunjukkan reban yang baru. Rupa-rupanya datuk telah membina reban baharu untuk haiwan peliharaannya itu. Alim bergegas menuju ke reban untuk bermain dengan ayam dan itik tanpa menyedari bahawa dia telah berhenti daripada menangis. Selepas puas bermain-main dengan haiwan tersebut, Alim menangis sekali lagi apabila masuk
ke dalam rumah nenek dan datuk yang telah diubahsuai kerana dia menganggap rumah
nenek dan datuk sudah tiada. Nenek memujuk cucunya itu kemudian membawanya
mengelilingi rumah. Nenek menceritakan satu persatu barang di dalam rumah tersebut seperti almari, katil dan sebagainya. Ibu bapa Alim hairan mengapa Alim tiba-tiba menangis tanpa
sebab tapi mereka turut menolongnya. Suasana kampung yang berlainan daripada
biasa membuatkan Alim sekeluarga semakin rapat. Alim juga sudah mengetahui di mana reban ayam yang baharu.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Hak Cipta Terpelihara
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Hak Cipta Terpelihara
No comments:
Post a Comment