Tuesday, January 5, 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

 Masihkah Kau Ingat?

1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

- Penulis perlu menggunakan ayat sendiri tanpa mengambil 100% daripada mana-mana artikel.


2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

- Penulis perlu menggunakan turnitin untuk memeriksa sejauh mana plagiat dalam kertas ilmiah sebelum dihantar kepada penyelia. 


3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

- Perbanyakkan rujukan primer berbanding sekunder. Hal ini demikian kerana sumber primer mengandungi maklumat yang sahih dan asli. 


4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

Penulis perlu banyak membaca artikel sebelum menjalankan kajian. Hal ini bersesuaian dengan keperluan semasa tugasan projek.


5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan

- Penulis perlu mendapatkan input luar berkaitan kajian melalui penyertaan pelbagai seminar atau persidangan. 


6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang

- Penulis hendaklah sentiasa berhubung dengan penyelia bagi mendapatkan maklumat tentang sesuatu kajian. Penulis tidak digalakkan berbincang bersama rakan kerana mereka tiada kepakaran dalam bidang kajian.


7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master; 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 -12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

- Penulis perlu menghasilkan penulisan yang berilmiah dan kritis. Untuk membuktikan kajian itu kritis, ianya perlulah sarat dengan pelbagai informasi. Pembahagian dalam setiap bab pula dicadangkan seperti berikut:

Bab 1 (10-12 ms)

Bab 2 (30@50 ms)

Bab 3 (10-12 ms)

Bab 4 (40 ms)

Bab 5 (8-12 ms)


8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

- Halaman muka surat bagi kajian adalah berbeza-beza mengikut aras pengajian yang diambil. 

Peringkat bacelor: 80 halaman

Peringkat master: 81-150 halaman

Peringkat Phd: 151- 240 halaman


9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

- Sebelum menjalankan sesebuah kajian, penulis mestilah membuat persediaan awal dengan merangka perancangan, menyediakan jadual dan tempoh masa untuk menyiapkan tugasan disertasi mereka dalam masa yang ditetapkan.


RUJUKAN: 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia


KEHADIRAN:



No comments:

Post a Comment