Sunday, December 20, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU9 QUOTATION(2)

 

1. Teks Asal: When someone is angry at you, just smile and ask for forgiveness.

 Terjemahan Melayu: Apabila seseorang marah kepada anda, senyum sahaja dan minta ampun.

Bukti: "Alim, mari ibu tolong!." seru ibu dari dapur. Ibu terus berjalan ke arah Alim. Alim resah dan berjalan ke hulu dan ke hilir. "Saya tak mahu buat, ibu," kata Alim sambil menggaru-garu kepalanya. Ibu memegang tangan Alim lalu diusapnya. Alim terdiam seketika. Alim memandang ke arah ibu dan tersenyum. "Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!," kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim. "Begini, perlahan-lahan ya!," bisik ibu perlahan. Alim tersengih dan cuba menyapu sampah. Akhirnya, dia berjaya menghabiskan kerjanya.

(Cerita Sosial 3: Keluarga Saya, Hlmn 25)


2. Teks Asal: When you are at the lowest point in your life, just remind yourself that it will go away soon. Time heals.

 Terjemahan Melayu: Apabila anda berada di titik terendah dalam hidup anda, ingatkan diri anda bahawa ia akan segera hilang. Masa menyembuhkan.

Bukti: Pada suatu hari, alim jatuh sakit. Badannya panas dan alim tidak bermaya. Alim mudah jatuh sakit dan alim tidak pernah merungut. Bapa dan ibu membawa alim ke klinik berhampiran. Doktor memberikan ubat supaya alim cepat sembuh.

(Cerita sosial 5: Jiran, hlmn 27)

 

3. Teks Asal: Always be kind to others.

 Terjemahan Melayu: Sentiasa bersikap baik kepada orang lain.

Bukti: "Sama-sama mak cik. Ibu kata, berkongsi itu perbuatan yang baik. Ibu juga pesan, sulaiman jiran yang baik. Mak cik timah pun baik. Pak cik yakub pun baik. Kita semua mesti baik dengan jiran," jawab alim sambil menganggukkan kepala.

(Cerita sosial 2: Saya yang istimewa, hlmn 24)

4. Teks Asal: Love and care for yourself first before you tend to love and care for others.

 Terjemahan Melayu: Sayangi dan jaga diri anda terlebih dahulu sebelum anda cenderung mengasihi dan menjaga orang lain.

Bukti: Selang beberapa minggu, alim pun sihat. Semua ahli keluarga gembira. Alim sudah mula membaca buku cerita bersama abang, kakak dan adik perempuan.

(Cerita sosial 5: Jiran, hlmn 28)

 

5. Teks Asal: Say nice things, say good things and you will find happiness in life.

 Terjemahan Melayu: Katakan perkara baik, dan anda akan mendapat kebahagiaan dalam hidup.

Bukti: Cikgu anis mengajar alim untuk hormat pada orang tua. Cikgu anis mengajar alim untuk tunduk apabila berjalan di hadapan orang tua. Cikgu anis mengajar alim untuk mengucapkan terima kasih. Cikgu anis juga mengajar alim untuk mengucapkan selamat pagi kepada guru besar dan cikgu lain. Rakan-rakan sekelas alim juga sudah pandai menyebut 'selamat pagi' dan 'terima kasih'.

(Cerita sosial 4: Hati, hlmn 26)

 

6. Teks Asal: I will not judge you. I am just a normal person.

 Terjemahan Melayu: Saya tidak akan menilai anda. Saya hanya orang biasa.

Bukti: kadangkala Alim gagal untuk menyiapkan kerja itu. Alim akan tinggalkan penyapu di tengah-tengah rumah. Ibu akan memanggil semula Alim dan memujuk Alim untuk menyiapkan kerja. Alim tersenyum.

(Cerita Sosial 3: Keluarga Saya, hlmn 25)

 

7. Teks Asal:  To me, you are the most precious person in the world.

 Terjemahan Melayu: Bagi saya, anda adalah orang yang paling berharga di dunia.

Bukti: Alim tahu bahawa keluarga adalah penting. Alim tahu keluarga akan sentiasa menolong antara satu sama lain.

(Cerita Sosial 3: Keluarga Saya, hlmn 26)

 

8. Teks Asal: When I look at you, I will smile. My love will always be with you..

 Terjemahan Melayu: Apabila saya melihat anda, saya akan tersenyum. Cintaku akan sentiasa bersamamu..

Bukti: Mak Cik TImah masih memandang ke arah Alim yang berjlan masuk ke rumah. Mak Cik Timah berdoa akan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.

(Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa, hlmn 24)

 

9. Teks Asal: Kindness will speak the truth.

 Terjemahan Melayu: Kebaikan akan menunjukkan kebenaran.

Bukti: “Kenapa Mak Cik Timah sedih?,” tanya Alim.

“Mak Cik Timah tak sedih. Mak Cik Timah gembira kerana Alim ”

(Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa, hlmn 24)

 

10. Teks Asal: Be a better person today and you will find happiness.

 Terjemahan Melayu: Jadilah orang yang lebih baik hari ini dan anda akan mendapat kebahagiaan.

Bukti: Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharisn di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu bapa. Alim belajar untuk menolong abang dan kakak. Alim belajar untuk menolong adik perempuan di rumah.

“Saya sayang keluarga saya,” ujar Alim kepada ahli kelaurga yang lain.

(Cerita Sosial 3: Keluarga Saya, hlmn 25)

RUJUKAN:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes for you... for us... Terengganu: Penerbit UMT.

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.



KEHADIRAN:

(ENGKU NUR ALIA BINTI ENGKU MOHD GHAZALI, 197953)


No comments:

Post a Comment