Tuesday, December 15, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU8 BERITA AWANI



TEBEDU: Kerajaan Negeri Sarawak akan memberi insentif kepada dua murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Temong yang berjaya menggondol anugerah 'Best Film By Popular Jury' di Festival de Cinema Escola de Alvorada (Fecea) atau Festival Filem Sekolah-Sekolah Antarabangsa Alvorada baru-baru ini, kata Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi negeri Datuk Amar Michael Manyin Jawong.
Manyin berkata pemberian insentif itu adalah sebagai ganjaran atas pencapaian cemerlang mereka dan beliau akan bertemu kedua-dua murid secara peribadi untuk mengucapkan tahniah serta menambah jumlah insentif tersebut
"Anugerah yang dimenangi kedua-dua murid di peringkat antarabangsa sememangnya amat membanggakan kita," katanya selepas merasmikan penyempurnaan kerja menaik taraf Gereja St Paul di Kampung Tema Saan di sini semalam.

Macgres Sawet dan Nabiatul Dania Zulfiqa meraih anugerah itu bagi filem animasi pendek mereka dalam kategori sekolah rendah menerusi karya bertajuk 'Batu Bijanjii' yang bermaksud batu perjanjian dalam dialek Bidayuh Bisadung.
Manyin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tebedu, berkata SK Temong adalah antara sekolah rendah terbesar di kawasan itu dan mempunyai kira-kira 200 murid.
Beliau berkata dua tahun lepas, sekolah itu turut memenangi anugerah di peringkat negeri dalam satu pertandingan anjuran kementeriannya.
"Mereka (SK Temong) telah melakukan usaha yang amat baik dan mencapai kejayaan yang begitu cemerlang," katanya.
Manyin berkata terdapat juga rancangan untuk menaik taraf bangunan sekolah itu dengan menambah sebuah lagi blok.
Mengulas kerja menaik taraf Gereja St Paul yang berusia 50 tahun, beliau berkata ia dilakukan dalam empat fasa yang bermula tahun lepas dan siap baru-baru ini dengan kos lebih RM200,000.
-- BERNAMA





Temong Primary School students who won the animated film award in Brazil will receive incentives

Bernama

December 14, 2020 05:04 MYT

 

TERBEDU: State Government of Sarawak will give incentives to two Year Five students from Temong Primary School who won the best 'Best Film By Popular Jury' award at the Escola de Alvorada (Fecea) or the recent Alvorada International Schools Film Festival, said the Education, Science and Technology Research Minister Datuk Amar Michael Manyin Jawong.

 

Manyin said that the incentives has been rewarded for their outstanding achievements and he would like to meet the two students in person to congratulate and increase the total amount of incentives.

 

“The award won by both students at the international level  makes us very proud,” he said after officiating the completion of the upgrading work at St Paul Church in Kampung Tema Saan yesterday.

 

Macgres Sawet and Nabiatul Dania Zulfiqa won the award for their short animated film in the primary school category which is ‘Batu Bijanji’ that means the agreement stone in the Bidayuh Bisadung dialect.

 

Manyin, who is also the Tebedu State Assemblyman said that the Temong Primary School is one of the largest primary schools in the area and has about 200 students.

 

He stated that two years ago, the school also won an award at the state level in a competition organized by his ministry.

 

“They (Temong Primary School) have done a great job and achieved such excellent success,” he said. Manyin said that there were also a plans to upgrade the school building by adding another block.

 

Commenting on the upgrading work of the 50 year-old St Paul Church, he said it was done in four phases which started last year and were completed recently at a cost of more then RM200,000.

 

--BERNAMA    

RUJUKAN:

Murid SK Temong menang anugerah filem animasidi Brazil bakal terima insentif. (2020, Disember 14). Astro Awani. Dicapai pada 14 Disember 2020 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/murid-sk-temong-menang-anugerah-filem-animasi-di-brazil-bakal-terima-insentif-273007

KEHADIRAN:



No comments:

Post a Comment