Thursday, June 11, 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

Nilai yang terkandung dalam cerita ini:-

1) Kerajinan
2) Baik hati
3) Kasih Sayang



Pada pendapat saya, terdapat beberapa nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 5. Pertama sekali, nilai kerajinan jelas dapat dilihat dalam diri Alim. Contohnya, Alim rajin menyusun semua bukunya mengikut abjad dan dia rajin membaca buku pada waktu petang dan malam. Selain itu, cerita ini juga mengandungi nilai baik hati. Sebagai contoh, Alim suka berkongsi dengan jiran di mana dia akan memberikan apa yang dia ada seperti buku dan coklat kepada jirannya. Akhir sekali, nilai yang terdapat dalam novel ini ialah kasih sayang. Hal ini dapat dilihat apabila abang, kakak dan adik Alim yang menemaninya di bilik sewaktu sakit.


RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment