Thursday, April 30, 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Tiga nilai yang terkandung dalam cerita tersebut:
  • Kasih Sayang
  • Tolong-menolong
  • Baik Hati
(Tertinggal buku di kolej sebab balik sebelum PKP)

Pada pendapat saya, Cerita Sosial 2 bertajuk Saya yang Istimewa ini memberikan nilai yang positif apabila membacanya. Antaranya ialah kasih sayang. Hal ini dapat dilihat apabila bapa Alim membeli buah dengan banyak untuk dibawa pulang makan bersama anak-anaknya memandangkan dia tahu mereka gemar makan buah-buahan. Selain daripada itu, nilai tolong-menolong dapat dilihat apabila Alim pulang ke rumah dan menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapanya mengemas rumah. Bukan itu sahaja, nilai baik hati juga terpampar dalam keluarga Alim. Sebagai contoh, Alim suka berkongsi barang atau makanan dengan orang lain seperti nasihat ibunya selama ini.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment