Thursday, March 5, 2020

NOTA ASAS GRAFIK



Asas grafik merupakan elemen penting yang perlu difahami oleh semua penggemar fotografi. Asas grafik terbahagi kepada lima elemen iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Elemen mudah ini diterangkan dengan apabila seseorang melihat gambar tersebut, ia mudah difahami apa yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, gambar sampan dan pokok kelapa (permandangan di pantai). Gambar tersebut boleh difahami walaupun tidak memiliki tulisan atau ayat yang menyatakan bahawa gambar itu adalah permandangan di persisiran pantai. Elemen warna pula diterangkan dengan penggunaan warna yang sesuai dan tidah melebihi tiga warna. Warna yang digunakan bersesuaian dengan tema yang digunakan dalam gambar tersebut. Bagi teks pula, ini adalah elemen yang senang difahami. Penggunaan font dan saiz harus sesuai. Kandugan teks juga perlu diambil kira. Semua ini diambil kira agar mesej dapat disampaikan dengan baik. Elemen kesesuaian ini didefinisikan sebagai grafik yan bersesuaian dengan semua latar seperti latar masa, tempat dan latar watak. Akhir sekali ialah elemen keseimbangan. Elemen ini melibatkan ruang di dalam gambar iaitu ruang atas, bawah, kiri dan kanan. Objek yang dilukis haruslah seimbang antara ruang dan objek yag lain. Seterusnya, kepentingan asas grafik ada lima iaitu menarik, mudah difahami, mesej, ketara (predictability) dan promosi. Kemudian, bahan asas grafik terdapat enam iaitu buntig/banner, pamplet, poster, gambar/foto, billboard dan video. Bagi asas fotografi pula, terdapat sebelas asas iaitu Long shot, Medium shot, Potrait, Mug shot, Closse-up, Pemandangan. Siluet, Kabur, Pendua, Flatlay/Half flatlay/quarter flatlay/Zero flatlay dan Swafoto. Akhir sekali ialah Rule of Thrid iaitu teknik fotografi. Teknik ini adalah untuk medapatkan keseimbangan imej dalam fotogafi. Pemindangan titik akan terlihat untuk merangka paparan. Kotak grid akan kelihatan apabila ingin mengambil gambar. Rule of thirds tidk digunakan dalam semua situasi.




Rujukan
Normaliza Abd Karim (2019). Multimedia dalam Bahasa.Universiti Putra Malaysia, Serdang.

No comments:

Post a Comment