Thursday, March 5, 2020

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM


Manfaat yang terdapat dalam Kesimpulan Bab 4 adalah cerita pendek Instagram telah memberi mereka peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan juga bekongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram yang lain. Selain itu, manfaat subjek kajian ini menunjukkan bahawa mereka mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek Instagram. Tambahan pula, Instagram juga berupaya meningkatkan penggunaan teknologi dan menurut hasil kajian Normaliza Abd Rahim & Nur Maisarah Roslan (2016) dan Bell(2013) di mana pelajar di sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan kongsi pengetahuan mereka. Manfaat seterusnya adalah kajian tersebut bakal membntu pengajar dan pengguna cerita pendek Instagram dalam menggunakan Instagram secara positif. Cerita pendek Instagram juga akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Manfaat kajian ini akan menyumbang kepada pengguna Instagram dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul dan pengguna akan menggunakan bahasa dan kelakuan yang sesuai ketika merakam video atau gambar.

Rujukan/Bibliografi :
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.


No comments:

Post a Comment