Thursday, February 27, 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA' : BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak


[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019) Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Hak Cipta Terpelihara.

CERITA

Keluarga merupakan tulang belakang kepada setiap individu termasuk saya. Ibu saya suka jalan-jalan. Sayalah yang selalu bawa ibu saya di mana sahja dia ingin pergi. Setiap hari akan ada je dia tempat yang dia nak pergi. Kalau saya balik bercuti, dia akan ajak saya pergi ke pasar pagi tiap minggu tapi di tempat yang berbeza. Kadang-kadang bila keluar, ibu saya tak tahu pun nak pergi mana asalkan keluar jalan-jalan. Sampai saya pun buntu nak pergi mana, tapi takpe layankan jelah minat dia. Dalam meniti masa, kadang saya takut juga kalau tak sempat nak bahagiakan ibu bapa saya dengan segulung ijazah. Semoga segala dipermudah dan kedua ibu-bapa saya berada dalam lindunganNYA selalu. Merekalah yang selalu ada sewaktu susah dan sakit. Mereka juga yang akan percayakan saya sewaktu saya sendiri tidak percaya saya boleh melakukan sesuatu. Mereka juga semangat untuk saya terus berjuang. Mereka juga pinjaman, dan sekiranya masa mereka tiba, saya harus redha dengan ketentuan dan titipkann doa dari jauh. Terima kasih Tuhan atas pinjaman ini.  




No comments:

Post a Comment