Thursday, February 20, 2020

BBM3410Satu2020 : Cerita Sosial 2-Buku Wacana PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM

TUGASAN A : Sinopsis Cerita Sosial 2 : Saya yang Istimewa

Cerita Sosial 2 berkisar tentang hubungan kejiranan yang dipupukdengan baik oleh dua buah keluarga serta sikap keprihatinan dan baik hati Alim terhadap orang lain. Pada hari Ahad yang lalu, bapa Alim telah membeli buah-buahan di pasar tani kerana bapanya tahu anak-anaknya gemar makan buah-buahan. Buah-buahan tempatan seperti rambutan, durian, manggis, duku, langsat dan sebagainya. Suasana di dalam rumah itu sungguh mengujakan kerana dapat berkumpul untuk menikmati buah-buahan tempatan tersebut. Ibu menyediakan bakul sampah dan mengingatkan anak-anaknya supaya meletakkan sampah di dalam bakulyang disediakan. Ibu dan ayah Alim sentiasa menasihati anak-anak mereka untuk berbuat baik dengan jiran. Alim memberikan seplastik buah-buahan kepadaSulaiman iaitu jiran mreka. Sulaiman mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada Alim. Setelah selesai makan, Alim membantu abang dan kakaknya serta ibubapanya mengemas rumah. Semasa diluar rumah, Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman mengucapkan terima kasih kerana memberi buah-buahan tersebut. Alim juga berkata bahawa ibunya sentiasa mengingatkan anak-anak untuk berbuat baik serta berkongsi rezeki kepada semua jiran. Mereka hidup dalam semangat kejiranan yang tinggi.

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019) Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Hak Cipta Terpelihara.

TUGASAN B :



No comments:

Post a Comment